Baju Korporat Design Custom

 

Kelebihan Utama
Kelebihan utama bila anda memilih utk custom made ialah anda boleh memilih tema design & warna mengikut citarasa anda. Yang pasti design tersebut tak akan sama seperti orang lain.

Material untuk Baju Korporat
Material yang boleh dipilih antaranya viscose, polysoft, comb cotton, oxford cotton, denim dll.

Fabrik Viscose
– Teksturnya lembut ketika bersentuhan dengan kulit, dan pastinya selesa ketika dipakai
– Sangat baik menyerap peluh dan yang paling baik dalam serapan berbanding kain polysoft & comb cotton
– Jatuh kain viscose ini kelihatan cantik dan bagus, seperti kain yang sesuai untuk bahan asas pakaian seharian
– Kain akan rosak & luntur warna apabila direndam dengan detergen lebih dari 1 jam
– Sebaiknya ketika cucian pakaian jenis viscose tidak dicampur dengan pakaian lain.
– Kotoran dari makanan atau minyak akan mudah dikeluarkan dengan menggunakan detergen

Fabrik Polysoft
– Teksturnya lembut, permukaannya licin & kelihatan sedikit berkilat.
– Kadar serapan peluh yang kurang baik berbanding viscose.
– Susah berdekut & cepat hilang kedut bila disterika.
– Fabrik ini sering dicampur dengan kapas untuk membantu mengekalkan bentuk  & sesuai untuk baju korporat
– Sesuai dicuci dengan cucian biasa & paling susah luntur warna.

Fabrik Comb Cotton
– Kain jenis ini mudah dibasuh,lembut,tahan lama,sejuk dan selesa dipakai.
– Serat benang yang halus & cantik.
– Sangat baik meresap peluh.
– Keburukannya adalah senang berdekut dan memerlukan daya yang kuat apabila disterika.
– Tidak digalakkan dijemur pada cahaya matahari yang langsung bagi menjaga warna fabrik.

 

Untuk pertanyaan lanjut mengenai baju korporat custom made boleh terus menghubungi kami
Zaim 011-10708011 / Afifah 018-4678011
Office 03-55242423